| 44754 |
Berdasarkan PRPM, emerging dipadankan dengan “memuncul”, seperti dalam istilah emerging power - kuasa memuncul dan emerging technology - teknologi memuncul.
Namun begitu, dalam konteks “Emerging AI Risks”, adakah lebih tepat diterjemahkan sebagai:
Risiko AI yang Memuncul atau Risiko AI Baharu?
Adakah istilah “memuncul” wajar dikekalkan berdasarkan padanan dalam PRPM atau “baharu” lebih sesuai dari segi konteks dan kelaziman bahasa Melayu?
Mohon pandangan dan pengesahan DBP tentang padanan yang paling sesuai. Terima kasih. | “Emerging AI Risks” lebih sesuai diterjemahkan sebagai Risiko AI yang baru muncul.
| 11/08/2026 |
| 44756 |
Ayat manakah yang betul dan apakah sebabnya?
1. Tugas Yusri setiap pagi ialah membantu guru bertugas di pintu utama.
2. Tugas Yusri setiap pagi adalah untuk membantu guru bertugas di pintu utama.
3. Tugas Yusri setiap pagi membantu guru bertugas di pintu utama.
Terima kasih. | 1. Tugas Yusri setiap pagi ialah membantu guru bertugas di pintu utama.
- Kata pemeri “ialah” diikuti dengan kata kerja “membantu”. Oleh itu, ayat ini tidak gramatis kerana kata pemeri “ialah” mestilah hadir di hadapan kata atau frasa nama.
2. Tugas Yusri setiap pagi adalah untuk membantu guru bertugas di pintu utama.
- Kata pemeri “adalah” diikuti dengan kata sendi nama “untuk”. Oleh itu, ayat ini gramatis kerana kata pemeri “adalah” mestilah hadir di hadapan kata atau frasa sendi nama. “Adalah” juga boleh hadir di hadapan kata atau frasa adjektif.
3. Tugas Yusri setiap pagi membantu guru bertugas di pintu utama.
- Ayat ini gramatis kerana mempunyai subjek dan predikat.
Rujukan: Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, 2024 (hlm. 263-265)
| 07/08/2026 |
| 44753 |
Selamat pagi tuan,bagaimanakah saya boleh membetulkan kesalahan dalam ayat ini?
Duduk lagi penat apa lagi berjalan. | Ayat
yang betul ialah Sedangkan duduk sudah penat, apatah lagi berjalan. | 06/08/2026 |
| 44757 |
EJAAN RASMI (JAWI) BAGI
MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI |
|
1.
Ejaan Jawi bagi teks MADANI DIHAYATI, UMMAH
DIBERKATI ialah
مدني دحياتي، اومة دبرکتي
2.
Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan
bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web
dbpsahbahasa.my.
|
| 06/08/2026 |
| 44751 |
bantu kami semak TEKS UCAPAN RINGKAS YANG DITERJEMAHKAN DARI ENGLISH TO BAHASA
| Sekiranya puan memerlukan semakan bahasa
Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen puan melalui
ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga.
Sila pastikan dokumen puan dalam mengikut format Microsoft Word dan PDF seperti
yang berikut:
Jenis huruf: Arial/Times New Roman
Saiz huruf: 12
Langkau: 2 baris dan kelarasan (justified) | 04/08/2026 |
| 44752 |
Tugas seorang guru ialah mendidik anak murid. - Ayat ini salah tetapi bagaimana cara membetulkannya? Terima kasih. | Ayat yang
betul ialah “Tugas guru mendidik murid.”.
Untuk
maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015),
halaman 263. | 04/08/2026 |
| 44746 |
Adakah dinobatkan sesuai digunakan dalam ayat berikut:
Tan Cheong Min _____________ sebagai Olahragawati Kebangsaan pada tahun 2020.
A diisytiharkan
B dinobatkan
C digelarkan
D dianugerahkan
Saya telah menyemak kata dinobatkan dalam Kamus Dewan Perdana, tetapi saya tidak mempunyai sebarang maklumat. Boleh jelaskan maksud kata ini dan penggunaan yang betul. Terima kasih? |
Menurut Kamus Dewan Perdana, maksud “dinobatkan” membawa maksud:
· Mengangkat seseorang secara rasmi menjadi raja
· Memberikan anugerah gelaran dan sebagainya kepada seseorang
· Mengangkat martabat atau kedudukan (Bahasa, sastera dan sebagainya).
Berdasarkan soalan yang diberikan, pengurniaan gelaran Olahragawati Kebangsaan merupakan satu pengiktirafan rasmi yang mengangkat martabat atlet tersebut. Maka, perkataan dinobatkan merupakan pilihan yang paling tepat untuk konteks ayat ini.
| 04/08/2026 |
| 44750 |
Prosa tradisional itu mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh raja dari kayangan setelah turun ke Bumi.
Dengan berbekalkan dengan sedikit modal, Johan membuka sebuah kedai makan secara kecil-kecilan.
Cadangan yang dikemukakan oleh ketua kampung mereka persetujui.
Sesetengah penunggang motosikal tidak mengendahkan tentang aspek keselamatan semasa berada di jalan raya.
Emak menjahitkan baju kurung yang bersulamkan dengan benang emas. | Soalan kurang jelas.
Sila nyatakan soalan anda dengan lebih terperinci untuk tindakan kami. Terima
kasih. | 04/08/2026 |
| 44742 |
Kami ingin mendapatkan pengesahan gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku:
Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.)
Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.)
Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.)
Yang Mulia - (Y.M.)
Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon pengesahan berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut:
1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
2. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor
4. Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor
5. Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
6. Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Razaleigh Hamzah
7. Yang Mulia (Y.M) Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias
Sekiranya terdapat garis panduan atau rujukan rasmi berkaitan penggunaan gelaran tersebut dalam penerbitan, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebagai panduan untuk percetakan "Coffee Table Book KWSP".
Kami memohon pihak Tuan dapat mempercepatkan urusan ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini adalah pada 5/8/2026. Kami sertakan contoh kapsyen yang akan dicetak nanti di lampiran fail. Terima kasih. | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan.
Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| 03/08/2026 |
| 44743 |
Kami ingin mendapatkan kepastian sama ada gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku seperti di dalam lampiran.
Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.)
Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.)
Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.)
Yang Mulia - (Y.M.)
Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon kepastian berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut:
1.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
2.Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
3.Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor
4.Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor
5.Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
6.Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
7.Yang Mulia Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias
Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebarang rujukan rasmi atau garis panduan kepada kami dan dapat menyegerakan urusan kami ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini ialah pada 5/8/26
| Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan.
Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| 03/08/2026 |